Jurulatih Selangor FC, Katsuhito Kinoshi Dari Jepun

Katsuhito Kinoshi, jurulatih Selangor FC. Gambar Selangor FC.

Tahiah kepada Katsuhito Kinoshi selepas dilantik sebagai ketua jurulatih yang baharu kepada juara Piala Malaysia sebanyak 33 kali iaitu Selangor FC. Perkara ini disampaikan sendiri oleh pengurusan skuad Gergasi Merah.

Kinoshi dipilih kerana memiliki kepakaran dalam membangunkan pasukan, strategi serta pembangunan pemain muda. Dengan segala kemahiran yang dimiliki beliau, ia akan menjadi aset besar kelab dalam usaha mencapai kejayaan.

Pengendali kelahiran Tokyo itu mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang kejurulatihan. Kinoshi pernah bekerjasama dengan nama terkenal seperti Dragan Stojkovic, Giovanni van Bronckhorst dan Akira Nishino.

Ketika ditanya, Kinoshi berasa amat teruja untuk bekerjasama dengan barisan pemain Selangor dan menjangkakan pasukan yang teratur dan bersedia untuk berjuang dalam setiap perlawanan yang berlangsung.

Untuk rekod, jawatan ketua jurulatih Selangor sebelum ini adalah Nidzam Jamil. Namun beliau membuat keputusan mengejut dengan meletakan jawatan pada 30 Oktober yang lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *