Jurulatih Perseorangan Negara, Kenneth Jonassen Dari Denmark
Persatuan Badminton Malaysia (BAM), mengumumkan bahawa Kenneth Jonassen dari Denmark, dilantik sebeagai jurulatih perseorangan negara yang baharu. Perkara tersebut disampaikan oleh pemangku Presiden BAM, Datuk V Subramaniam.
Jonassen yang juga bekas ketua jurulatih Denmark dan kini berusia 50 tahun, akan memulakan tugasnya secara rasmi pada 4 Januari depan dan diberi kontrak selama empat tahun sehingga Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Beliau akan mengetuai barisan kejurulatihan perseorangan lelaki dan wanita serta akan melaporkan terus kepada Rexy Mainaky yang kini memegang jawatan sebagai Pengarah Kejurulatihan BAM.
Jonassen merupakan individu penting dalam kejayaan yang dilakar oleh Viktor Axelsen. Beliau bejaya membantu Axelsen memenangi pingat emas Olimpik Tokyo pada 2021 dan memenangi gelaran dunia pada 2017 di Glasgow, Scotland.