Jun Hoong Muncul Juara Dunia Dalam Acara 10m Platform

Tahniah diucapkan kepada Jun Hoong selepas meraih pingat emas dalam acara 10 meter platform wanita di Kejohanan Akuatik Dunia di Budapest.

Ia merupakan pingat emas pertama buat negara sepanjang penyertaan atlet dalam kejohanan tersebut.

Apa yang lebih penting adalah, Jun Hoong berjaya memecahkan dominasi atlet dari China dalam acara 10 meter platform.

Jun Hoong memenangi pingat emas dengan kutipan mata 397.50 jauh meninggalkan juara Olimpik, Ren Qian ditempat ketiga dengan mata 391.95. Pingat perak dimenangi rakan senegara Qian, Si Yajie dengan mata 396.00.

Menurut Si Yajie, beliau berasa terkejut dengan kemenangan Jun Hoong kerana sebelum ini China telah mendominasi acara tersebut. Namun ucapan tahniah tetap untuk Jun Hoong.

Leave a Reply

%d bloggers like this: