Juara Olimpik 2020 Kejutkan Regu Nombor 1 Dunia

Juara Olimpik 2023, lee yang / wang chi lin terbuka jepun 2023

Juara Olimpik 2023, Lee Yang dan Wang Chi-Lin mara keperingkat akhir Terbuka Jepun 2023. Gambar BWF.

Juara Olimpik Tokyo 2020, Lee Yang dan Wang Chi-Lin buat kejutan di Badminton Terbuka Jepun 2023 dengan menewaskan regu nombor satu dunia dari Indonesia, Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto diperingkat separuh akhir.

Lee Yang dan Wang Chi-Lin menduduki tangga ke-18 kini berjaya menewaskan regu Indonesia itu dalam dua set sahaja dengan mata 21-19, 21-10.

Ini merupakan final pertama mereka semenjak memenangi pingat emas sukan Olimpik Tokyo 2020 yang lalu.

Lee Yang dan Wang Chi-Lin akan menanti lawan diperingkat akhir antara regu Jepun, Takuro Hoki / Yugo Kobayashi ataupun regu dari China iaitu Liu Yu Chen / Ou Xuan Yi.

Untuk rekod, Lee Yang dan Wang Chi-Lin menewaskan regu juara Terbuka Korea 2023 dari India iaitu Satwiksairaj Rankireddy / Chirag Shetty diperingkat suku akhir.

Leave a Reply