Jesse Lingard Sah Sertai Seoul FC

Jesse Lingard sertai Seoul FC.

Semoga maju jaya Lingard.

Berita tentang gabungan antara Jesse Lingard dan Seoul FC bukanlah sekadar khabar angin semata-mata. Perkara tersebut disahkan sendiri oleh beliau dengan mengatakan yang beliau mahu ‘menikmati permainan bola sepak semula’.

Lingard sertai Seoul FC dengan kontrak perjanjian selama dua tahun.

Ditanya kenapa memilih untuk bermain di Korea, beliau menjawab bahwa Seoul FC tampak lebih bersungguh-sungguh untuk beliau beraksi dengan pasukan tersebut. Difahamkan beliau ada menerima beberapa tawaran lain namun hanya sekadar tawaran lisan sahaja.

Sedikit cacatan, Jesse Lingard merupakan bekas pemain tengah Manchester United dan England. Beliau merupakan pemain hasil dari akademi United. Beliau meninggalkan United pada tahun 2022 dan bergabung bersama Nottingham Forest. Semenjak musim panas yang lalu, beliau tidak terikat dengan mana-mana kelab selepas kontraknya tidak disambung.

Leave a Reply