Jerman Cari Pengganti Paul Untuk Ramal Euro 2016

paul si sotongSebuah akhbar di Jerman mengatakan bahwa sedang mencari pengganti Paul si sotong gurita yang mencuri perhatian dunia bola sepak selepas berjaya meramal perlawanan pada Piala Dunia 2010 yang lalu.

Pada edisi Piala Dunia 2010, Paul berjaya meramal 9 perlawanan pasukan Jerman dengan tepat.

Paul bersara selepas perlawanan akhir antara Sepanyol dan Belanda. Tidak lama selepas itu, Paul dikatakan mati pada usia dua tahun setengah.

Akhbar tempatan Jerman, MAZ mempunyai beberapa pengganti Paul yang berpotensi tinggi seperti ayam yang diberi nama “Kathe”, Keldai dengan nama “Django” dan banyak lagi.

Leave a Reply