Jepun Kembali Juara Badminton Denmark Selepas 42 Tahun

Juara Regu Lelaki Badminton Terbuka Denmark. Gambar FB BWF

Selepas 42 tahun, Jepun kembali menjuarai badminton Terbuka Denmark dalam acara regu lelaki hasil kemenangan Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi dalam perlawanan akhir.

Hoki dan Koba muncul juara selepas menewaskan regu dari Denmark, Kim Astrup dan Andres Rasmussen.

Kali terakhir Jepun menjuarai dalam acara ini adalah pada tahun 1979 menerusi Masao Tsuchida dan Yoshitaka Lino.

Untuk rekod, Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi adalah pemenang pingat perak dalam kejohanan dunia yang berlangsung pada 2019 selepas tewas kepada Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan.

Leave a Reply

%d bloggers like this: