JDT Layak Ke Separuh Akhir Piala Malaysia

Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin

Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin

Johor Darul Takzim berjaya mencuri satu slot ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Terengganu 3-1 di stadium keramat mereka, Stadium Larkin.

Dua gol dari Shafiq Rahim pada minit ke-15 dan 74 serta satu dari Luciano Figueroa sudah cukup untuk membantu JDT ke peringkat seterusnya dalam saingan Piala Malaysia.

Gol tunggal Terengganu berjaya disumbangkan oleh Ashari Samsuddin pada minit ke-59.

JDT layak dengan aggregate 3-1 selepas hanya seri 0-0 pada perlawanan pertama suku akhir di Terengganu.

Sehubungan dengan kemenangan ini, JDT akan berdepan Felda United pada separuh akhir pertama pada 20 Oktober 2014. Satu lagi perlawanan separuh akhir akan mempertemukan antara Kedah dengan Pahang pada 19 Oktobter di Alor Star

Leave a Reply

%d bloggers like this: