Jadual Kejohanan Badminton BWF Dalam Bulan Januari 2023
Kepada peminat badminton, kejohanan badminton jelajah dunia akan membuka tirai musim 2023 seawal minggu hadapan dengan Badminton Terbuka Malaysia menjadi pembukaannya.
Badminton Terbuka Malaysia akan berlangsung dari 10 hingga 15 Januari. Kemudian semua peminat badminton akan beralih ke New Delhi, India untuk menyaksikan Badminton Terbuka India dari 17 hingga 22 Januari.
Sesudah itu, semua pemain akan berkampung di Indonesia untuk Indonesia Masters 2023 yang berlangsung di Istora Gelora Bung Karno pada 24 hingga 29 Januari.
Kejohanan penutup untuk bulan Januari adalah Thailand Master yang berlangsung dari 31 Januari hingga 5 Februari di Bangkok.
Kepada peminat sukan badminton, sila booking tarikh-tarikh ini untuk menyaksikan perlawanan yang menarik.
- Badminton Terbuka Malaysia : 10-15 Januari (Super 1000)
Keputusan Akhir Badminton Terbuka Malaysia
- Badminton Terbuka India : 17-22 Januari (Super 750)
Keputusan Akhir Badminton Terbuka India
- Badminton Indonesia Master : 24-29 Januari (Super 500)
Keputusan Akhir Badminton Indonesia Masters
- Badminton Thailand Master : 31 Januari – 05 Februari (Super 300)
Keputusan Akhir Badminton Thailand Masters 2023