Izzuddin Dan Sze Fei Berpisah?

Aksi Nur Izzudin dan Goh Sze Fei ketika bersama. Gambar BadmintonPlanet.com.

Mendapat perkhabaran dari sukan badminton negara bahawa Nur Izzuddin Rumsani dan pasangan beliau Goh Sze Fei mengambil keputusan untuk berpisah.

Regu lelaki nombor tiga negara itu mengadakan pertemuan dengan Pengarah Kejurulatihan Beregu Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky dan menyatakan yang gandingan mereka semakin tidak menjadi. Selain itu mereka juga mahukan sesuatu yang lebih baik buat mereka.

Menurut Rexy, belum ada sebarang keputusan yang boleh diambil sekarang memandangkan jurulatih lain masih di Indonesia bagi menghadapi Indonesia Masters.

Untuk rekod, Izzudin dan Sze Fei pernah menjuarai gelaran Terbuka Jerman tahun lalu (2022). Namun mereka gagal mengekal prestasi yang konsisten sebelum muncul juara Cabaran Antarabangsa Malaysia.

Leave a Reply

%d bloggers like this: