Indonesia Masters 2024 : Cabaran Perseorangan Wanita Berakhir

Wakil perseorangan wanita negara tewas di Indonesia Masters 2024

Wakil perseorangan wanita negara tewas di Indonesia Masters 2024

Cabaran badminton perseorangan wanita negara di Kejohanan Badminton Indonesia Masters 2024 telah berakhir selepas dua wakil negara tewas kepada lawan masing-masing.

Dalam kategori perseorangan wanita, Malaysia hanya mampu menghantar dua wakil sahaja itu Goh Jin Wei dan Karupathevan Letshanaa.

Goh Jin Wei tewas kepada pilihan ke-6 kejohanan dari China, Han Yue dengan pungutan mata yang boleh dianggap mengecewakan iaitu 9-21, 11-21.

Bagi Letshanaa pula, aksi cemerlang di peringkat kelayakan gagal diteruskan. Beliau tewas dipusingan pertama kepada pemain tuan rumah, Putri Kusuma Wardani, 17-21, 12-21.

Sehingga waktu artikal ini ditulis, masih belum ada bayang-bayang yang Malaysia akan ada pemain perseorangan wanita dalam tempoh lima tahun lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *