Hukuman Menanti Balotelli

Foto AP
Tanpa berselindung, pengurus Liverpool Brendan Rodgers akan mengambil tindakan terhadap Mario Balotelli atas tindakan beliau menukar jersi.
Balotelli kelihatan menukar jersi bersama pemain Real Madrid ketika rehat separuh masa pertama dalam pertembungan Liga Juara-Juara Eropah awal pagi khamis (23/10/2014).
Difahamkan bahawa Rodgers sedia untuk menukarkan Balotelli selepas kecewa dengan aksi yang ditampilkan pemain dari Itali itu.
Balotelli datang ke Liverpool dari AC Milan pada musim panas lepas, ternyata gagal untuk menunjukan aksi yang memberangsangkan hingga kini.
Dalam pertembungan ini, Liverpool tewas 0-3 kepada Real Madrid.