Hero Real Madrid, Joselu Sertai Kelab Qatar

Joselu tinggalkan Real Madrid.

Joselu tinggalkan Real Madrid.

Pemain Real Madrid berusia 34 tahun, Joselu bersedia untuk meninggalkan kelab tersebut selepas menerima tawaran untuk bermain bersama kelab Al-Gharafa di Qatar.

Menurut pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti, perpindahan Joselu ini boleh dianggap mengejut selepas beliau mempunyai perancangan sendiri untuk Joselu di Madrid.

Mungkin antara punca yang membuatkan Joselu terbuka hati untuk beraksi di Liga Qatar adalah tawaran gaji yang lumayan berbanding apa yang sedia ada.

Joselu menyertai Real Madrid pada musim panas yang lalu secara pinjaman dari Espanyol dan pilihan pembelian secara kekal pada akhir musim 2023-24.

Untuk rekod, Joselu antara watak penting ketika Real Madrid menundukan Bayern Munich dalam perlawanan separuh akhir Liga Juara musim 2023-24. Joselu berjaya menjaringkan dua gol pada penghujung perlawanan untuk membawa Real Madrid ke perlawanan akhir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *