Hendra/Ahsan Terkandas, Ihsan Terus Mara

hendra dan ahsan

Foto: detikcom/Grandyos Zafna

Regu lelaki utama Indonesia, Hendra Setiawan dan Mohammad Ahsan tewas kepada Mads Conrad Petersen dan Mad Pieler Kolding pada pusingan kedua Badminton Terbuka Indonesia.

Mungkin disebabkan terlalu yakin, Hendra dan Ahsan tewas kepada pasangan Denmark ini 19-21 21-13 21-18.

Kali terakhir kedua pasangan ini bertemu adalah pada akhir Piala Thomas yang lalu dimana keputusan memihak kepada pasangan Indonesia.

Ihsan Maulana Mara Ke Pusingan Suku Akhir

Perseorangan lelaki Indonesia, Ihsan Maulana beraksi cemerlang selepas menewaskan Huang Yuxiang dari China 21-18 21-15.

Pada peringkat suku akhir, Ihsan akan berdepan Rajiv Ouseph dari England selepas menewaskan Wei Nan dari Hong Kong 11-21 26-24 21-15.

Leave a Reply

%d bloggers like this: