Hendra Dan Ahsan Sumbang Emas Untuk Indonesia

Merdeka.com (AFP)
Beregu badminton utama Indonesia, Hendra Setiawan dan Mohammad Ahsan berjaya menyumbang satu emas kepada negara mereka.
Dalam perlawanan akhir badminton Sukan Asia 2014 Hendra dan Ahsan terpaksa berdepan dengan regu tuan rumah, Lee Yong Dae dan Yoo Yeon Seong.
Perlawanan terpaksa berlanjutan hingga rubber set sebelum Hendra dan Ahsan dinobatkan sebagai juara.
Hendra Setiawan / Mohammad Ahsan | 2-1 | Lee Yong Dae / Yoo Yeon Seong |
21-16 | ||
16-21 | ||
21-17 |
Sementara itu, regu Malaysia hanya mampu menyumbang pingat gangsa selepas tewas kepada regu Korea pada peringkat separuh akhir.