Hanya Lee Chong Wei Wakil Tunggal Pada Kejuaraan Badminton Asia 2016. Mana Yang Lain?

Newsbadminton.com
Sungguh mengecewakan apabila hanya Lee Chong Wei yang meneruskan cabaran negara untuk Kejuaraan Badminton Asia 2016.
Lee Chong Wei berjaya melangkah ke peringkat suku akhir selepas menewaskan Wong Wing Ki Vincent pada pusingan ketiga.
Lee Chong Wei bakal berdepan Chou Tien Chen pada peringkat suku akhir.
Koo – Tan gagal beraksi di Rio 2016
Kekalahan geru lelaki utama ini pada pusingan ketiga Kejuaraan Badminton Asia 2016, menidakkan peluang mereka untuk beraksi pada Olimpik Rio 2016 nanti.
Koo dan Tan tewas kepada regu Jepun.