Gol Fabio Pastikan Liverpool Kutip 3 Mata Penuh

Keputusan Liverpool vs Newcastle Dalam Saingan Premier League. Gambar thisisanfield.com
Liverpool yang masih dibayangi kemenangan 9-0 keatas Bournemouth,turun menentang Newcastle dilaman sendiri awal pagi tadi dalam saingan Liga Premier Inggeris.
Liverpool dikejutkan dengan gol awal Newcastle menerusi Alexander Isak pada minit ke-38. Tersentak dengan gol tersebut Liverpool terus menggandakan serangan bagi mendapatkan jaringan penyamaan.
Usaha Liverpool akhirnya membuahkan hasil selepas Roberto Firmino berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-61.
Misi Liverpool bukan hanya seri dilaman sendiri. Mereka harus mengutip 3 mata penting bagi memberikan saingan dan mengejar tangga teratas liga.
Pada minit ke-98 dalam masa tambahan, Fabio Carvalho berjaya memastikan Liverpool membawa pulang 3 mata penting mereka menerusi jaringan beliau.
Dengan kemenangan ini, Liverpool kini menduduki tangga ke-5 Liga dengan mengumpul 8 mata manakala seteru utama mereka, Manchester United ditangga ke-12 dengan 6 mata. Manchester United masih mempunyai 1 kelebihan perlawanan.