Goh V Shem Dan Tan Wee Kiong Teruskan Kemaraan
Goh V Shem dan Tan Wee Kiong teruskan kemaraan dalam Kejohanan Dunia 2021 yang berlangsung di Huelva, Sepanyol.
V Shem dan Wee Kiong mara kepusingan suku akhir selepas menewaskan Bjarne Geiss dan Jan Colin Volker dari Jerman 21-14, 14-21, 21-17.
Mereka akan berdepan He Ji Ting dan Tan Qiang dari China di suku akhir nanti.