Goh Jin Wei Tersungkur Lebih Awal Di Badminton Terbuka India

Goh Jin Wei menamatkan saingan Badminton Terbuka India lebih awal. Gambar StadiumAstro.

Satu-satunya wakil negara bagi kategori perseorangan wanita dalam kejohanan Badminton Terbuka India 2023, Goh Jin Wei, tewas seawal pusingan pertama.

Goh Jin Wei yang berstatus pemain profesional menjadi wakil tunggal selepas BAM tidak berupaya menghantar mana-mana wakil yang bernaung dibawah persatuan tersebut.

Dengan masalah hamstring yang masih menghantui Jin Wei, beliau ditunjukan jalan keluar oleh pemain dari Thailand, Ratchanok Intanon dalam perlawanan straight set 13-21, 11-21.

Minggu lalu di Terbuka Malaysia, Jin Wei tewas dipusingan kedua kejohanan keatas pemain nombor empat dunia iaitu An Se Young.

Untuk rekod, ketika ini Goh Jin Wei berada dikedudukan ke-33 dunia.

Leave a Reply

%d bloggers like this: