Giliran Sepanyol Benam Pasukan Hoki Malaysia

FIH
Selepas kalah 4 perlawanan sebelum dalam Hoki Piala Dunia Rabobank di Belanda, pasukan hoki Malaysia menambah satu lagi koleksi kekalahan dan kali ini ditangan Sepanyol.
Malaysia yang turun dengan misi untuk mencuri sekurangnya satu mata dalam kejohanan ini ternyata tidak berhasil selepas Sepanyol berpesta gol dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan.
Dengan kekalahan ini Malaysia menghuni tangga terbawah peringkat kumpulan A sementara Australia selaku juara bertahan masih belum tewas sebarang perlawanan.
Keputusan | ||
Sepanyol | 5-2 | Malaysia |
Gabriel Dabanch | 13′ | |
24′ | Tengku Ahmad | |
Marc Salles | 33′ | |
Santi Frelxa | 37′ | |
Gabriel Dabanch | 46′ | |
51′ | Fitri Saari | |
Sergi Enrique | 69′ |