Gelaran Piala Thomas Ke-14 Buat Indonesia

Indonesia Juara Piala Thomas 2020

Indonesia berjaya menjuarai kejuaraan Piala Thomas 2020 selepas menewaskan China dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Aarhus, Denmark dengan keputuasan 3-0.

Kemenangan ini merupakan kemenangan ke-14 Indonesia dalam kejohanan badminton paling berprestis yang berlangsung setiap dua tahun.

Kali terakhir Indonesia menjulang Piala Thomas adalah pada tahun 2002 selepas menewaskan Malaysia dalam perlawanan akhir di China.

Berikut adalah keputusan perlawanan yang menghadiahkan Kejuaraan Piala Thomas ke-14 buat Indonesia.

Perlawanan Pertama

Anthony Sinisuka Ginting vs Lu Guangzu
18-21, 21-14, 21-16

Perlawanan Kedua

Fajar Alfian / Muhammad Rian Ardianto vs He Jiting / Haodong
21-12, 21-19

Perlawanan Ketiga

Jonatan Christie vs Li Shifeng
21-14, 18-21, 21-14

Untuk rekod, kejohanan ini sepatutnya dijadualkan berlangsung pada tahun 2020. Namun disebabkan wabak Covid-19, ianya terpaksa ditunda pada tahun 2021. Untuk edisi tahun 2022 akan berlangsung di Bangkok, Thailand.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *