Gelaran Piala AFF 2022 Milik Thailand

Keputusan Akhir Piala AFF 2022 antara Thailand menentang Vietnam
‘Raja’ bola sepak asia tenggara, Thailand berjaya menjulang Piala AFF 2022 selepas menewaskan Vietnam di pentas final dengan agregat 3-2.
Kemenangan 1-0 Thailand malam tadi di Stadium Thammasat sudah cukup untuk Thailand mengekalkan kejuaraan yang mereka menangi pada edisi 2020. Pada perlawanan pertama peringkat akhir, Thailand dan Vietnam terikat dengan keputusan 2-2.
Untuk rekod, ini merupakan kejuaraan Piala AFF ke-7 bagi Thailand selepas turut memenanginya pada edisi 1996, 2000,2002, 2014, 2016, 2020 dan kini 2022.
Thailand juga merupakan pasukan paling banyak menjuarai Piala AFF sejak dipertandingkan diikuti Singapura sebanyak empat kali iaitu pada 1998, 2004, 2007 dan 2012. Vietnam sebanyak dua kali pada tahun 2008 dan 2018. Manakala Malaysia sekali iaitu pada tahun 2010.