Gelaran Liga Juara Juara Ke-15 Buat Real Madrid

Piala dan bola Liga Juara Juara 2024.

Piala dan bola Liga Juara Juara 2024.

Real Madrid berjaya julang piala Liga Juara Juara buat kali ke-15 selepas menewaskan Borussia Dortmund 2-0 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Wembley,England awal pagi tadi.

Sebaik sahaja perlawanan bermula, Real Madrid lebih kerap diserang Dortmund hingga hampir membuka tirai jaringan. Namun kecekapan Thibaut Courtois  dan bantuan tiang gol menafikan jaringan buat Dortmund.

Memasukan separuh masa kedua perlawanan, Real Kembali mendapat rentak dan berjaya menjaringkan gol menerusi tandukan Dani Carvajal hasil umpanan Tani Kross pada minit ke-74.

Sembilan minit kemudian, Vinicius Jr berjaya menjaringkan gol kedua Real Madrid hasil lorongan cantik Jude Bellingham yang menerima bola hasil kesilapan pemain Dortmund.

Perlawanan berakhir dengan keputusan 2-0 sekali gus menghadiahkan gelaran Liga Juara Juara ke-15 buat Real Madrid.

Dortmund sekali lagi terpaksa menerima kekalahan dalam perlawanan akhir. Pada 2013, mereka tewas kepada Bayern Munich di gelanggang yang sama. Kali terakhir Dortmund menjuarai Liga Juara Juara adalah pada tahun 1997 dengan menewaskan Juventus.

1 Response

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *