Gelaran Ke-12, Lee Chong Wei Tewaskan Kento Momota

(Gambar Oleh : Michael Steele/Getty Images)

Mendebarkan cukup mendebarkan. Tahniah diucapkan kepada Lee Chong Wei selepas menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2018 sebentar sahaja tadi. Chong Wei menewaskan Kento Momota di peringkat akhir dengan mata 21-17 23-21.

Kemenangan ini juga merupakan gelaran ke-12 Lee Chong Wei untuk Badminton Terbuka Malaysia selepas gagal pada tahun lepas. Bagi Momota pula, ini kekalahan pertama beliau sejak Mac tahun ini selepas 21 perlawanan.

Sekali lagi kami ucapkan tahniah kepada Lee Chong Wei atas kemenangan ini.

Kepada peminat badminton Indonesia, tunggu kami untuk Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia nanti.

Leave a Reply