Gelaran EURO 2024 Milik Sepanyol Selepas Tumbangkan England

Sepanyol rangkul gelaran Kejohanan Eropah (EURO) 2024.
Sepanyol berjaya menjuarai Kejohanan Eropah UEFA (EURO) 2024 selepas menewaskan England pada perlawanan akhir yang berlangsung di Olimpia Stadium, Berlin, Jerman.
Skuad dengan gelaran La Roja terlebih dahulu dihadapan pada minit ke-47 menerusi jaringan pemain dari kelab Athletic Bilbao, Nico Williams selepas kedua pasukan terikat tanpa jaringan pada babak pertama perlawanan.
Selang 26 minit kemudian, England yang dibimbing oleh Gareth Southgate berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan penyerang Chelsea, Cole Palmer.
Dilihat perlawanan seakan berakhir dengan keputusan seri dan memaksa perlawanan diseret ke masa tambahan, Mikel Oyarzabal muncul wira Sepanyol dengan jaringan kemenangan pada minit ke-86.
Kali terakhir Sepanyol muncul juara Kejuaraan Eropah adalah pada edisi 2012. Untuk England pula, mereka terus kempunan untuk menjulang piala ini. Sedikit rekod, ini merupakan final kedua berturut-turut buat England. Pada edisi lalu mereka dikecewakan Itali menerusi sepakan penalti.