FAM Benar 4 Pemain Import Turun Serentak

Imran Dato
Demi memuaskan hati semua pihak, FAM terpaksa membenarkan 4 pemain import turun serentak dalam satu perlawanan. 4 pemain tersebut adalah 3 pemain antarabangsa dan 1 pemain dari Asia.
Sebelum ini FAM hanya membenarkan 3 pemain import sahaja sebelum dirombak kepada empat pemain.
Dengan kebenaran ini, pemain tempatan akan terpinggir dari beraksi di liga sendiri dan besar kemungkinan, akan tiada barisan pelapis pemain bola sepak negara kelak.