EURO 2020 : Republik Czech Keluarkan Air Mata Peminat Belanda

Keputusan Euro 2020 Belanda vs Republik Czech.

Belanda yang begitu cemerlang diperingkat kumpulan dengan rekod tanpa kalah, dianggap pasukan pilihan ketika turun menentang Republik Czech.

Namun segalanya berubah apabila diatas padang. Belanda tewas mengejut sekaligus tersingkir dari saingan Euro 2020.

Gol dari Holes pada minit ke-68 dan Schick minit ke-80 sudah cukup meluka dan merobek hati peminat belanda.

Republik Czech akan bertemu Denmark bagi merebut tempat di separuh akhir.

Leave a Reply

%d bloggers like this: