EURO 2020 : Malam Duka Buat Perancis Bila Disingkirkan Switzerland

Gambar Reuters

Tamat sudah perjalanan Perancis dalam saingan EURO 2020 selepas tewas kepada Switzerland. Perancis yang juga juara Piala Dunia 2018, ditunjukan jalan keluar oleh Switzerland menerusi sepakan penalti selepas perlawanan berlarutan hingga 120 minit.

Terlebih dahulu Perancis dikejutkan dengan gol awal Switzerland pada minit ke-15. Menunggu hingga babak kedua, Perancis membalas 2 gol dalam masa 3 minit sebelum menambah 1 gol lagi pada minit ke-75.

Bagai hilang pedoman hidup, Perancis seakan goyah apabila membiarkan Switzerland menjaringkan 2 gol pada 10 minit terakhir sekaligus menyamakan kedudukan 3-3 dan mengheret perlawanan ke masa tambahan. 30 minit lagi tanpa tambahan gol, perlawanan terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti.

Bertaraf bintang bukan jaminan. Kylian Mbappe gagal menyempurnakan sepakan terakhir untuk Perancis dan memberi kemenangan buat Switzerland 4-5.

Switzerland akan berdepan Sepanyol pada 3 Julai jam 12 pagi. Sepanyol sebelum itu telah menewaskan Croatia 5-3.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *