EURO 2020 : Itali Buru Kejuaraan Kedua Piala Eropah
Itali mengecewakan seluruh peminat sukan bola sepak Sepanyol selepas menyingkirkan juara tahun 2008 dan 2012 itu menerusi sepakan penalti selepas kedudukan terikat 1-1 hingga tamat waktu perlawanan.
Sebelum itu, Itali membuka tirai jaringan pada minit ke-60 sebelum disamakan 20 minit kemudian oleh Alvaro Morata.
Untuk rekod, kali terakhir Itali muncul juara Piala Eropah adalah pada tahun 1968. Pada tahun 2000, Itali dikecewakan Perancis dan Sepanyol pada 2012 dalam perlawanan akhir.
Itali bakal berdepan samada Denmark ataupun England yang bakal beraksi awal pagi esok.