EURO 2020 : Buat Kali Ke-2, Piala Eropah Kembali Ke Rome
Itali dinobatkan sebagai juara Piala Eropah 2020 selepas menewaskan England dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Wembley awal pagi tadi.
England bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-2. Namun Itali bangkit pada babak ke-2 untuk menyamakan kedudukan.
Kedudukan kekal hingga tamat perlawanan dan waktu tambahan sehinggakan keputusan terpaksa ditentukan melalui sepakan penalti.
Itali yang gagal menjaringkan 2 sepakan penalti bernasib baik kerana England gagal menyempurnakan 3 sepakan terakhir mereka.
Ini merupakan kejuaraan Piala Eropah ke-2 buat Itali selepas kali terakhir mereka memenanginya pada 1968. Ini juga sebagai pengubat selepas mereka tewas dua kali dalam perlawanan akhir pada edisi tahun 2000 dan 2012.