England Mara Ke Final EURO 2024

Final EURO 2024

Reaksi Ollie Watkins selepas menjaringkan gol kemenangan buat England.

Pasukan dengan gelaran ‘Three Lions”, iaitu England telah berjaya mara ke perlawanan akhir EURO 2024 selepas menewaskan Belanda di peringkat separuh akhir dengan keputusan 2-1.

Belanda terlebih dahulu dihadapan hasil jaringan cantik oleh Xavi Simons seawal minit ke-7 perlawanan.

England berjaya menyamakan kedudukan selepas dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-18 yang disempurnakan oleh Harry Kane.

Ketika perlawanan dilihat seakan-akan berakhir dengan keputusan seri dan diheret ke masa tambahan, Ollie Watkins yang masuk menggantikan Harry Kane telah muncul wira untuk England.

Watkins berjaya menjaringkan gol pada penghujung perlawanan sekali gus membawa England ke pentas akhir buat kali kedua berturut-turut.

England akan menentang Sepanyol dalam perlawanan akhir yang akan berlangsung pada hari Isnin (15 Julai) jam 3 pagi waktu Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *