Dota 2 : Team Secret Pasukan Pertama Layak Ke ONE Esports Dota 2 Singapore Major 2021

Team Secret merupakan pasukan pertama yang berjaya menempah tempat di kejohanan Dota 2 Singapore Major 2021 yang bakal berlangsung dari 27 Mac hingga 4 April 2021.
Kelayakan ini berjaya dicapai selepas Team Secret menewaskan Alliance 2-1 sekali gus mengekalkan status tanpa kalah sebanyak 5 perlawanan berturut-turut dalam EU 2021 DPC Musim 1 : Upper Division.
Selepas memastikan 1 slot untuk rantau EU, masih berbaki 3 slot lagi yang boleh direbut untuk 7 lagi pasukan.