Djokovic Juara Tenis Terbuka Perancis

Djokovic Juara Tenis Terbuka Perancis

Novak Djokovic menjuarai tenis Terbuka Perancis 2021 atau lebih dikenali sebagai Roland Garros selepas menewaskan Stefanos Tsitsipas dalam perlawanan akhir.

Djokovic bermula sedikit cemas apabila tewas 2 set awal sebelum bangkit 3 set selepasnya dalam perlawanan yang berlarutan sehingga 5 set itu.

Sebelum itu, Djokovic berjaya menewaskan seteru utama beliau dan juga jaguh gelanggang tanah liat iaitu Rafael Nadal diperingkat separuh akhir.

Ini merupakan kejuaraan grand slam kedua untuk musim 2021 bagi Novak Djokovic selepas menjuarai Terbuka Australia pada bulan Februari yang lalu.

Leave a Reply

%d bloggers like this: