Detail Kontrak Mourinho Bersama Manchester United

kontrak Mourinho

Secara rasminya Jose Mourinho menjadi jurulatih Manchester United. Jose akan melatih Manchester United selama tiga tahun.

Jose Mourinho juga difahamkan akan menerima gaji sebanyak 10 juta pound setahun. Jumlah ini lebih banyak diperolehi dari jurulatih Manchester United yang sebelum ini iaitu Louis Van Gaal. Van Gaal hanya sempat bersama Manchester United salama dua musim sahaja.

Sumber lain mengatakan bahwa Mourinho akan mendapat bonus tambahan sebanyak 5 juta pound jika berjaya membawa Manchester United menjadi juara Liga Juara-Juara.

Namun begitu, walaupaun pun sudah sah menggantikan tempat Louis Van Gaal, Mourinho hanya akan mula melatih pada 7 Julai akan datang. Pada 22 Julai, Manchester United akan berdepan Borussia Dortmund sempena perlawanan pra musim dan berdepan Manchester City tiga hari kemudian.

Perlawanan pertama Mourinho bersama Manchester United untuk musim hadapan akan berlangsung pada 7 Ogos berdepan Leicester City dalam final Community Shield.

 

Leave a Reply

%d bloggers like this: