Design Biasa, Model Patung. Pakaian Rasmi Olimpik Paris 2024 Dikritik

Pakaian rasmi Olimpiks Paris 2024.

Modal sudah banyak keluar untuk pakaian rasmi Olimpik Paris 2024.

Apa hendak jadi dengan sukan Malaysia. Heboh dimana-mana dengan pakaian rasmi kontinjen Malaysia untuk Temasya Sukan Olimpik Paris 2024 hujung bulan hadapan.

Pakaian rasmi kontinjen negara dikritik ramai pihak selepas dilihat begitu suram dengan reka bentuk dan pelbagai aspek yang lain selepas diperkenalkan pada satu majlis di ibu negara pada Ahad lalu.

Turut kelihatan dalam gambar yang tular adalah tiga patung yang mengenakan pakaian rasmi untuk kegunaan di Sukan Olimpik 2024 nanti. Macam sudah tiada model yang boleh diguna pakai dalam Malaysia ini.

Antara yang dipersoalkan oleh netizen tentang reka bentuk pakaian tersebut adalah belang Harimau Malaya yang kelihatan tenggelam bagai harimau yang mengantuk.

Tidak terhenti disitu, warna Jalur Gemilang yang terdapat pada pakaian turut menjadi pertikaian kerana menggunakan warna lain selain dari warna awal bendera Malaysia. Ini seolah-olah satu penghinaan kepada negara sendiri.

Ramai yang mengatakan bahawa pakaian yang direka ini tidak melambangkan identiti Malaysia dan sangat ketinggalan seperti rekaan zaman 70-an.

Dari pengalaman sebelum ini, benda seperti ini tidak akan diubah suai dan akan kekal hingga hari kejadian. Kalau semua yang berlaku ini atas nama kroni, moga mati dihimpit kubur dengan dasyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *