Dari 16 Kekosongan, Hanya 6 Pasukan Dapat Direct Invite Ke The International 6

the international 6

OG, Team Liquid, Newbee, LGD Gaming, MVP Phoenix dan Natus Vincere (N’Vi) adalah 6 pasukan yang dapat direct invite ke The International 6 selepas Valve mengumumkannya awal pagi tadi.

OG, Liquid, Newbee, LGD dan MVP berada pada kedudukan 6 teratas ketika di Manila Major baru-baru ini namun tidak bagi Na’Vi. Walaupun tidak berada pada kedudukan 6 teratas pada Manila Major, Na’Vi mendapat tempat kedua ketika dia ESL One Frankfrut 2016 yang berakhir semalam selepas tewas kepada OG.

Baki 10 lagi slot untuk The International 6 akan diisi oleh kumpulan yang melalui regional qualifier (8 pasukan) dan wild card (2 pasukan).

Regional qualifier terdiri dari Eropah,China dan Asia tenggara akan disertai 10 pasukan dimana, 8 pasukan mendapat jemputan dan 2 pasukan akan melalui open qualifier. Hanya regional amerika sahaja yang terdiri dari 6 pasukan jemputan dan 2 pasukan yang melalui open qualifier.

Open qualifier akan berlangsung dari 21-24 Jun manakala regional qualifier hanya akan bermula dari 25-28 Jun.

AMERICAS
Digital ChaosFriendship Dedication Love
compLexity GamingNot Today
Vultur GamingDrinking Boys
Open Qualifier Slot #1Open Qualifier Slot #2
CHINA
Vici Gaming.RebornTongFu
CDEC GamingWings Gaming
Invictus GamingCDEC.Youth
EHOMEIG.Vitality
Open Qualifier Slot #1Open Qualifier Slot #2
EUROPE
AlliancePower Rangers
Team EmpireAd Finem
Vega SquadronFlipsid3 Tactics
Virtus.proNo Diggity
Open Qualifier Slot #1Open Qualifier Slot #2
SOUTHEAST ASIA
FnaticRave
MineskiSignature Trust
Warriors Gaming.UnityExecration
Orange.TaringThe MongolZ
Open Qualifier Slot #1Open Qualifier Slot #2

The International 6 akan berlangsung pada 3-13 Ogos 2016 di Key Arena Seattle, USA.

Leave a Reply

%d bloggers like this: