Cristiano Ronaldo Cipta Rekod Baru Champions League

© AFP
Dengan kejayaan Real Madrid menjuarai Champions League, maka berakhir sudah kejohanan tersebut bagi musim 2013/2014. Namun kejayaan tersebu bertambah manis bila Cristiano Ronaldo cipta rekod baru Champions League dengan menjaringkan 17 gol dalam satu musim.
Ronaldo melengkapkan koleksi gol beliau selepas menjaringkan gol melalui penalti ketika menewaskan Atletico di final Champions League ahad lalu.
17 – Cristiano Ronaldo has scored 17 goals in the 2013/14 Champions League; a record for a single European Cup season. Icing.
— OptaJoe (@OptaJoe) May 24, 2014
Kini Ronaldo sudah mengumpul 67 gol dalam Champions League dan menyamai dengan Lionel Messi. Ronaldo berharap untuk memintas penjaring terbanyak Champions League setakat ini iaitu Raul dengan 71 gol.