Chow Mei Kuan/Lee Meng Yean Tewas Pada Perlawanan Pertama

Keputusan Olimpik Tokyo 2020 Badminton Malaysia
Wakil tunggal beregu wanita Malaysia, Chow Mei Kuan dan Lee Meng Yean tewas pada perlawanan pertama peringkat kumpulan dalam saingan Olimpik Tokyo 2020.
Chow Mei Kuan dan Lee Meng Yean yang diundi dalam kumpulan A tewas kepada Greysia Polii dan Rahayu Apriyani 14-21, 17-21.
Lawan seterusnya bagi beregu wanita Malaysia ini adalah pasangan dari Jepun, Yuki Fukushima dan Sayaka Hirota pada esok dan Chloe Birch/ Lauren Smith dari Britain pada 27 Julai nanti.
Sama-sama kita doakan agar ada pingat dari sukan badminton yang beraksi di Olimpik Tokyo 2020 kali ini.