Chong Wei Hampir Dimalukan Pemain Vietnam

Bharian

Bharian

Lee Chong Wei hampir dimalukan pemain Vietnam pada perlawanan suku akhir badminton Sukan Asia bagi acara induvidu. Dalam perlawanan separuh akhir itu, Chong Wei terpaksa beraksi tiga set sebelum menempatkan diri diperlawanan separuh akhir.

Chong Wei seolah-olah hilang arah seperti kucing kehilangan anak apabila tewas kepada Nguyen Tien Minh, pemain badminton Vietnam pada set pertama dengan mata 21-23.

Chong Wei kembali menemui rentak juaranya apabila merampas dua set berikutnya dengan mata 21-16 dan 21-17. Dengan kemenangan ini, Chong Wei akan berdepan musuh tradisinya Lin Dan pada perlawanan separuh akhir.

Lin Dan mara selepas menewaskan pemain dari Jepun, Kenichi Tago.

Chen Long turut mara ke peringkat separuh akhir selepas menewaskan pemain Korea Selatan, Son Wan Ho

Leave a Reply

%d bloggers like this: