China Masters : Lakshya Sen Singkir Lee Zii Jia

Lee Zii Jia tewas di pusingan pertama China Masters 2024.
Pemain badminton profesional negara, Lee Zii Jia, berhadapan dengan risiko untuk melayakkan diri ke Jelajah Dunia Akhir BWF selepas kalah di pusingan pertama China Masters.
Dalam perlawanan di Shenzen, Zii Jia kalah kepada Lakshya Sen dari India dalam pertarungan tiga set 14-21, 21-13 dan 13-21. Kekalahan ini membuat Zii Jia perlu mengharapkan pemain lain seperti Lin Chun Yin dari Taiwan, Kenta Nishimoto dari Jepun, dan Jonatan Christie dari Indonesia untuk berpeluang layak ke kejohanan akhir musim.
Walaupun keputusannya bergantung kepada pemain lain, Zii Jia masih yakin dan berharap dapat melayakkan diri ke kejohanan tersebut. Kejohanan ini merupakan peluang terakhir sebelum Jelajah Dunia Akhir dan Zii Jia berharap dapat terus bersaing dengan baik untuk layak ke kejohanan tersebut.