Chan Peng Soon-Cheah Yee See Tamat Karier Badminton Hari Ini
Pasangan regu campuran profesional negara, Chan Peng Soon-Cheah Yee See menamatkan karier badminton antarabangsa mereka hari ini selepas tewas kepada regu dari China, Cheng Xing-Li Qian di pusingan pertama Malaysia Masters 2024.
Chan Peng Soon memilih keputusan untuk menggantung raketnya selepas 18 tahun berkecimpung dalam dunia sukan badminton. Jika ditanya apa kenangan manis beliau sepanjang bergelar pemain regu campuran, sudah semestinya berjaya memenangi pingat perak di Olimpik Rio 2016 bersama Goh Liu Ying.
Pasangan regu Peng Soon, Cheah Yee See turut mengambil keputusan sama untuk berundur dari dunia sukan badminton. Yee See pernah menyumbang mata kemenangan ketika menewaskan Indonesia 3-2 pada aksi suku akhir Piala Sudirman 2021 di Vantaa, Finland. Ketika itu beliau bergandingan bersama Hoo Pang Ron.
Selamat bersara buat Chan Peng Soon dan Cheah Yee See. Terima kasih atas sumbangan mereka mengharumkan nama Malaysia melalui pentas sukan badminton.