Casemiro Diperkenalkan Di Old Trafford

Casemiro Sah Bergabung Dengan Manchester United. Gambar GHPAGE.com
Segala teka-teki perpindahan Casemiro dari Real Madrid akhirnya terjawab selepas beliau diperkenalkan kepada penonton di Old Trafford sebelum sepak mula antara Manchester United menentang Liverpool.
Casemiro yang hadir dari Real Madrid telah mengikat kontrak perpindahan bersama Manchester United sehingga Jun 2026.
Dilaporkan bahawa Manchester United membuat bayaran sebanyak 70 juta euro (RM312.4 juta) kepada Real Madrid bagi mendapatkan khidmat pemain tengah dari Brazil itu.
Untuk rekod, Casemiro mula bergabung dengan Real Madrid pada tahun 2013 selepas Real membeli beliau dari Sao Paulo.