Buat Kali Kelapan Nicol Juara Skuasy Wanita Dunia

Foto ihsan SquashSite
Tahniah kepada Nicol David kerana merangkul kejuaraan Skuasy Wanita Dunia 2014 buat kali kelapan. Nicol dinobatkan selaku juara selepas menewaskan peserta tuan rumah Mesir, Raneem El Weleily.
Meskipun begitu, laluan kejuaraan Nicol tidak mudah.
Beliau terpaksa bertarung selama 66minit dalam pertarungan lima set.
Nicol David | 5 | 11 | 7 | 14 | 11 |
Raneem El Weleily | 11 | 8 | 11 | 12 | 5 |