Benzema Diperkenalkan Al-Ittihad

Karim Benzema Al Ittihad

Karim Benzema menunjukan piala Ballon d’or yang dimenanginya. Gambar Siasat.com

Akhirnya selepas selesai segala urusan pembelian Karim Benzema dari Real Madrid, beliau diperkenalkan oleh pasukanya barunya Al-Ittihad di stadium keramat mereka.

Benzema disambut lebih 60,000 penyokong setia pasukan itu sambil disajikan dengan persembahan bunga api dan nyanyian yang menyambut beliau di stadium.

Pemenang Ballon d’Or itu melengkapkan perpindahan dari Real Madrid dengan tawaran sebanyak 342 juta pound (RM1.98 bilion) selepas 14 tahun bersama gergasi Sepanyol itu.

Untuk rekod, kita akan dapat saksikan pertembungan semula Karim Benzema dengan rakan pasukan lamanya iaitu Cristiano Ronaldo yang beraksi untuk Al-Nassr.

Leave a Reply