Bayern Munich Juara Bundesliga Musim 2022/2023

juara bundesliga

Bayern Munich Muncul Juara Bundesliga Musim 2022/23. Gambar BeSoccer.com.

Tiada siapa yang sangka Bayern Munich mampu menjuarai Bundesliga musim 2022/23 pada saat akhir. Kejuaraan ini dibantu dengan keputusan seri yang dicatatkan Borussia Dortmund dalam perlawanan akhir mereka.

Bayern berjaya memintas Dortmund untuk meraih gelaran ke-11 berturut-turut liga dengan hanya melalui perbezaan gol selepas kedua pasukan terikat dengan 71 mata dari 34 perlawanan.

Dalam perlawanan akhir liga, Dortmund perlu mencatatkan kemenangan untuk menjuarai liga selepas kali terkahir menjulang trofi liga pada 2012. Namun Dortmund hanya mampu seri dalam perlawanan terakhir mereka sekaligus memberi peluang buat Bayern untuk menjuarai liga buat kali ke-11 berturut-turut.

 

Leave a Reply

%d bloggers like this: