Barcelona Juara Piala Super Sepanyol

Keputusan Piala Super Sepanyol antara Barcelona menentang Real Madrid. Gambar KhelNow.

Barcelona muncul juara Piala Super Sepanyol selepas menewaskan Real Madrid 3-1. Perlawanan yang berlangsung di Arab Saudi itu menyaksikan Xavi Hernandes berjaya menjulang trofi pertama bersama Barcelona sejak menjadi jurulatih pasukan itu.

Perlawanan yang dianggap sebagai final Clasico itu ternyata berat sebelah. Barcelona dengan mudah menjinakan Real Madrid selepas berjaya menjaringkan dua gol dibabak pertama perlawanan.

Barcelona sekali lagi menambah derita Real Madrid dengan gol ke-3 menerusi Pedri pada minit ke-69.

Real Madrid akhirnya berjaya menjaringkan gol saguhati pada waktu kecederaan dipenghujung perlawanan hasil jaringan Karim Benzema.

Bagi Real Madrid, ini bukanlah satu persembahan yang baik bagi mereka selepas cuti Piala Dunia. Kekalahan ini juga memberi tekanan bagi mereka kerena mereka juga tertinggal dalam saingan La Liga.

 

Leave a Reply

%d bloggers like this: