Badminton Terbuka Malaysia 2023 Tanpa Kelibat Kento Momota

Liew Daren, akan mengantikan Kento Momota dalam saingan Badminton Terbuka Malaysia 2023. Gambar StadiumAstro.

Peminat badminton tanah air sedikit kecewa dengan perkhabaran duka dari Persatuan Badminton Jepun yang mengatakan bahwa Kento Momota tidak dapat menyertai Badminton Terbuka Malaysia 2023.

Momota difahamkan terpaksa menarik diri selepas bergejala seakan-akan influenza. Pemain berusia 28 tahun ini mungkin akan menyertai Badminton Terbuka India bagi membuka tirai Jelajah Dunia 2023 beliau.

Tempat Kento Momota dalam saingan Badminton Terbuka Malaysia akan digantikan oleh pemain profesional negara yang tersenarai dari senarai simpanan, Liew Daren. Daren akan berdepan Toma Junior Popov dipusingan pertama.

Mengikut dari undian yang telah dilakukan, jika Momota dapat beraksi dalam kejohanan ini, beliau mungkin akan berdepan dengan Victor Axelsen di pusingan kedua kejohanan.

Selain Momota, pemain utama regu wanita Jepun, Mayu Matsumoto dan Wakana Nagahara turut menarik diri dari kejohanan.

Leave a Reply

%d bloggers like this: