Badminton Terbuka Indonesia : Hendra/Ahsan Mara Ke Pusingan Kedua

badminton terbuka indonesia

FOTO: Koran Sindo/Ramadhan Adiputra

Regu utama lelaki Indonesia, Hendra Setiawan dan Mohammad Ahsan terpaksa berhempas pulas untuk mara ke pusingan kedua saingan Badminton Terbuka Indonesia.

Hendra dan Ahsan menerima tentangan sengit dari regu Hong Kong, Or Chin Chung dan Tang Chun Man. Walaupun menang dengan mata 23-21, 25-23 ia bukan laluan yang mudah untuk pasangan Indonesia.

Hendra dan Ahsan akan berdepan cabaran regu Denmark, Mads Conrad Petersen dan Mads Pieler Kolding pada pusingan kedua Badminton Terbuka Indonesia esok.

Mads Conrad Petersen dan Mads Pieler kolding mara selepas menewaskan satu lagi wakil regu Indonesia, Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto 21-19 14-21 27-25

Leave a Reply

%d bloggers like this: