Badminton Terbuka Indonesia 2019 Pasti Dinanti Ramai
BWF World Tour bakal menyambung jadualnya awal bulan Julai nanti selepas berehat hampir sebulan. Kejohanan terakhir World Tour berlansung di Australia pada 4-9 Jun yang lalu. Badminton Terbuka Indonesia bakal menemui peminat sukan ini pada 16 – 21 Julai sebaik sahaja tamat Terbuka US dari 09 – 14 Julai nanti.
Badminton Terbuka Indonesia adalah satu diantara tiga kejohanan yang bergelar Super 1000 selepas Kejuaraan Badminton All England pada Mac yang lalu dan Terbuka China pada bulan September nanti.
Dengan jumlah wang kemenangan sebanyak USD 1,250,000, kejohanan Badminton Terbuka Indonesia pasti akan menjadi tumpuan semua pemain.
Elok apa kiranya kita mengimbau kembali senarai pemenang bagi edisi yang lalu.
Perseorangan Lelaki : Kento Momota
Perseorangan Wanita : Tai Tzu Ying
Regu Lelaki : Marcus Fernaldi Gideon/ Kevin Sanjaya Sukamuljo
Regu Wanita : Yuki Fukushima / Sayaka Hirota
Regu Campuran : Tontowi Ahmad / Liliyana Natsir
Bagi regu campuran sudah pastinya juara baru akan dinobatkan selepas Liliyana Natsir mengumumkan persaraan beliau awal tahun ini. Untuk kategori yang lain pula, peluang dilihat masih sama rata dengan persembahan sesetengah pemain utama yang masih belum konsistan.
Untuk rekod, Lee Chong Wei pernah menjuarai perseorangan lelaki sebanyak 6 kali iaitu pada tahun 2007, 2009, 2010, 2011, 2013 dan 2016.