Badminton Terbuka Denmark Dikuasai Pemain China
Badminton Terbuka Denmark menutup tirainya semalam dengan kesemua kategori yang dipertandingkan dimenangi oleh pemain dari China.
Dimulakan dengan berpasangan wanita, Wang Xiaoli dan Yu Yang menewaskan pasangan dari Jepun, Matsutomo Misaki dan Takahashi Ayaka dengan mata 21-14, 21-14.
Pasangan campuran turut dimenangi pemain China iaitu Xu Chen dan Ma Jin yang turun berdepan Tontowi Ahmad dan Liliyana Natsir dengan mata 22-20, 21-15.
Perseorangan wanita telah pertemukan dua pemain China iaitu Li Xuerui dan Wang Yihan dan telah dimenangi Li Xuerui dengan kiraan 21-17, 22-20.
Chen Long terpaksa berhempas pulas sebelum menewaskan pemain dari korea 21-19, 24-22.
Beregu lelaki nombor satu dunia dari Korea Selatan, Lee Yong Dae dan Yoo Yeon Seong tewas kepada Fu Haifeng dan Zhang Nan 13-21, 25-23.